KAEDAH PEMBAYARAN YURAN MELALUI SISTEM iPAYMENT
Bermula Januari 2026, pembayaran yuran kursus anjuran Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment). Peserta kursus boleh mendaftar sebagai pelanggan iPayment dan membuat bayaran melalui pautan https://ipayment.anm.gov.my/
YURAN KURSUS SECARA DALAM TALIAN
Adalah dimaklumkan bahawa yuran bagi semua kursus secara dalam talian anjuran INSTUN akan dikenakan bermula tahun 2026. Semua peserta yang mengikuti kursus secara dalam talian adalah diwajibkan untuk membuat pembayaran melalui sistem iPayment. Kadar yuran kursus adalah mengikut kategori dan tempoh kursus seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.